UTEM PERKASA KOLABORASI DAN INOVASI TVET DI NEWIC 2025
- Hits: 117
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE UTeM–Melaka) telah berjaya menganjurkan Jejak Inovasi UTeM 2025, sebuah program tahunan yang menghimpunkan hasil inovasi dan penyelidikan terbaik warga universiti. Dengan membawa tema Menjejak Inovasi Menuju Komersial, program ini menzahirkan aspirasi UTeM untuk mengangkat hasil penyelidikan ke peringkat aplikasi sebenar dan pengkomersialan, sekali gus memperkukuh ekosistem inovasi dalam kalangan warga akademia.
Jejak Inovasi UTeM 2025 memperlihatkan pelbagai hasil ciptaan dan penyelidikan UTeM yang merangkumi bidang teknologi pembuatan, kejuruteraan bahan, automasi dan sistem pintar, sains komputer, pendidikan teknikal, reka bentuk, serta keusahawanan teknologi. Program ini menekankan penilaian berasaskan keunikan idea, nilai komersial, kebolehfungsian dan impak kepada komuniti serta industri, di samping menilai kesediaan sesuatu produk untuk diterjemahkan ke pasaran sebenar.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE UTeM-Melaka) telah mengambil bahagian dalam MBOT ENTICE 2025 bersempena sambutan 10 tahun bertemakan “A Decade of Uplifting Tech Talents (2015–2025)”.
UTeM menampilkan dua inovasi berimpak tinggi hasil kepakaran penyelidik iaitu *Profesor Madya Dr. Nadlene binti Razali* memperkenalkan inovasi *Thermoplastic Composite (TPC)* untuk aplikasi aeroangkasa yang menekankan kecekapan kitaran pemprosesan, ketahanan tinggi, fleksibiliti automasi serta sokongan terhadap matlamat kelestarian dalam green aviation dan smart manufacturing. Sementara itu, *Ts. Dr. Noorezam bin Yusop* membawakan *SEMANIS* iaitu Smart Aroma System, berasaskan teknologi IoT yang menggabungkan kesihatan, kesejahteraan dan keusahawanan digital, sekali gus memperlihatkan potensi pasaran gaya hidup moden.