PROGRAM KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) BAGI PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL PENYAMAN UDARA NEGERI MELAKA
Satu initiatif bersama di antara Kerajaan Negeri Melaka bersama UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka telah melaksanakan Program KSTP bagi pembangunan usahawan teknikal penyaman udara. Program ini telah melibatkan belia sekitar Negeri Melaka. Mereka memperoleh manfaat bagi membangunkan ekonomi setempat dengan mewujudkan peluang pekerjaan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal. Program telah di adakan di Makmal Asas HVAC, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal bermula bulan November sehingga Disember 2024.
Para peserta didedahkan secara komprehensif berbentuk teknikal servis penghawa dingin yang dikongsikan oleh pakar TVET dalam bidang penghawa dingin yang berpengalaman luas. Peserta memperoleh ilmu pengetahuan dan skil dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem penghawa dingin jenis domestik. Selain itu peserta didedahkan kepada aspek perniagaan seperti pemasaran, proses penubuhan syarikat dari pihak SSM dan pengurusan kewangan. Hasil latihan ini, peserta boleh terus menubuhkan syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan sistem penghawa dingin.
Tempat: Makmal Asas HVAC, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)
Tarikh: November - Disember 2024