PENGURUSAN TENAGA
LAWATAN AUDIT DALAMAN MATRIK PENILAIAN SISTEM PENGURUSAN TENAGA PUSAT TANGGUNGJAWAB (MaPTeP) DI KOMPLEKS PENYELIDIKAN DAN INOVASI (KPI)
Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UTeM akan melaksanakan audit dalaman Matrik Penilaian Sistem Pengurusan Tenaga Pusat Tanggungjawab (MaPTeP) 2025 di Kompleks Penyelidikan dan Inovasi (KPI) pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 September 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Blok A dan Blok B, Kompleks Penyelidikan dan Inovasi (KPI)
Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau bagi KPI yang telah dilantik oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) akan menyambut kedatangan auditor yang akan menjalankan audit tersebut. Lawatan audit ini adalah untuk menjayakan agenda Pengurusan dan Penjimatan Tenaga UTeM yang lestari.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
b/p: PPTe Zon 2 - Kompleks Penyelidikan dan Inovasi
JAWATANKUASA PENGURUSAN TENAGA DAN AMALAN HIJAU
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah melantik Jawatankuasa Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau bagi Kompleks Penyelidikan dan Inovasi berkuat kuasa mulai 15 Mac 2024. Antara skop dan bidang tugas jawatankuasa tersebut adalah melaksanakan aktiviti dan program berkaitan pengurusan tenaga dan amalan hijau.
Penyampaian Hadiah kepada JK Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau bagi Kompleks Penyelidikan dan Inovasi:
Anugerah Khas Pengarah CENSEi - Cabaran Sudut Tenaga dan Amalan Hijau Menarik 2024. Ketiga - Pertandingan Pembudayaan Amalan Hijau PTj UTeM 2024
Tahniah diucapkan kepada ahli JK dan terima kasih atas komitmen warga Kompleks Penyelidikan dan Inovasi.
FAQ PENGURUSAN TENAGA UTeM
Jawapan:
Dasar ini bertujuan untuk menerangkan pengurusan tenaga di Universiti Teknikal Malaysia-Melaka.
Jawapan:
Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan dan mengukuhkan kefahaman mengenai keperluan pemuliharaan tenaga, air dan bahan api kenderaan untuk mengurangkan kos operasi kepada staf, pelajar, pekerja bukan staf, dan pelawat UTeM.
Jawapan:
- Untuk mengurangkan jejak karbon melalui pengurusan tenaga, air dan bahan api kenderaan yang cekap.
- Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak tiga (3) peratus setahun bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan mulai tahun 2015.
- Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lapan belas (18) peratus pada Tahun Fiskal 2020 bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan (dengan menggunakan Tahun Fiskal 2014 sebagai asas).
Jawapan:
Tarif C1: Perdagangan OPTR
Kegunaan Puncak OPTR RM0.365 bagi 1kWh
Kegunaan Luar Puncak OPTR RM0.292 bagi 1kWh
Kehendak maksima RM30.3 bagi 1kW
Jawapan:
Cara penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang dan menghasilkan keputussan/output yang lebih baik. Penggunaan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang serupa atau menikmati keselesaan yang sama.
Jawapan:
- Penarafan EMGS 3-Bintang adalah penarafan yang telah dimasukkan dalam Pelan Strategik UTeM 2023-2025 yang perlu diperolehi dan dikekalkan.
- Sistem Pengurusan Tenaga lestari diamalkan di setiap PTj bagi memastikan pematuhan penurunan penggunaan tenaga elektrik pada kadar 3% secara konsisten sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
- Melalui penarafan EMGS 3-Bintang ini, UTeM akan berdiri sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai pengamal pengurusan tenaga yang baik dan boleh menjadi model terbaik kepada organisasi lain di Melaka, Malaysia dan di peringkat ASEAN.
- UTeM juga menjadi Malaysia Technical University Network (MTUN) Pertama dan Universiti Awam Kedua di Malaysia menerima penarafan bintang ini.
- Untuk mencapai SDG 7 (Affordable and Clean Energy) dan SDG 11 (Sustainable Cities and Communities).
- Membantu menaikkan markah dalam UI World Green Matric Rankings dan THE Impact Ranking dan QS Sustainability Rankings.
Jawapan:
- Dapat jimat kos RM13 Juta
- Dapat jimat tenaga 35,699,662.95kWh
- Purata peratus penjimatan 20.07%
- Mengelak pelepasan 20,869 TonneCO2
Jawapan:
- Padamkan lampu, kipas, penyaman udara, komputer, projector dan lain-lain peranti elektrik jika tidak digunakan.
- Menutup pintu dan tingkap bagi ruang berhawa dingi.
- Menetap suhu penyaman udara 24ºC+/-1ºC.
- Melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terlihat ada pembaziran elektrik.
Jawapan:
- Tingkatkan kefahaman staf dan pelajar berkaitan polisi kecekapan tenaga.
- Libatkan semua staf dan pelajar dengan aktiviti kesedaran.
- Wujudkan Kelab Tenaga di kalangan pelajar.
- Komited dengan laporan ringkas berkala tentang aktiviti kecekapan tenaga.
- Libatkan media sebagai medium promosi, website FB dan lain-lain.
- Inovasi berkaitan kecekapan tenaga diwar-warkan ke luar.
Jawapan:
GGP ialah Perolehan Hijau Kerajaan. Pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Jawapan:
- Peralatan ICT
- Cat
- Simen Gentian
- Lampu Dalaman Cekap Tenaga
- Kertas
- Tekstil
- Perabot
- Pencetak Serbaguna
- Sistem Penghawa Dingin
- Produk Pembungkusan Berasaskan Polimer Terbiodegradasi
- Peralatan Cekap Air
- Sistem Penuaian Air Hujan
- Alat Tulis (Produk Berasaskan Kertas)
- Produk Berasaskan Getah
- Perkhidmatan Pembersihan
- Perkhidmatan Pusat Data Hijau
- Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Bangunan
- Perkhidmatan Bengkel Automotif
- Perkhidmatan Percetakan Berasaskan Kertas
- Perkhidmatan Hotel, Penginapan dan Pusat Latihan
- Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Penyaman Udara
- Sistem Ventilasi Mekanikal dan Penyaman Udara Termasuk Chiller
- Pam Air Berkuasa Elektrik
- Enjin Mesra Alam untuk Kenderaan Berat
- Baja Organik
- Keluli Rata Bersalut (Coated Flat Steel)
- Toner Cartrij
- Perkhidmatan Pengurusan Acara
- Perabot berasaskan Keluli, Besi dan Plastik
- Batu Bata
- Peralatan Elektrik
- Lampu Jalan
- Alat Pemadam Kebakaran Mudah Alih
- Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap
- Perkhidmatan Pos dan Penghantaran
- Perkhidmatan Dobi dan Pencucian Pakaian
- Perkhidmatan Penyediaan Makanan, Penyajian atau Katering
- Pembelian atau Sewaan Kenderaan Ringan
- Perkhidmatan Kawalan Serangga
- Tenaga Solar
Jawapan:
- Mewujudkan peluang inovasi dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan.
- Mewujudkan pasaran yang lebih besar dan baharu untuk penyelesaian kemampanan yang inovatif.
- Salah satu bidang yang berpotensi untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan keyakinan perniagaan di Malaysia.
- Untuk kelestarian alam sekitar.
Jawapan:
Ir. Dr. Mohamad Firdaus bin Sukri
Jawapan:
- DASHBOARD Tenaga UTeM (Sistem Portal UTeM)
- Sudut Tenaga PTj
- Facebook/WhatsApp PTj
Jawapan:
- Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)