BENGKEL KEUSAHAWANAN TEKNIKAL “TRANSFORMASI PRODUK & PEMASARAN DIGITAL DENGAN AI” SIRI 1: PEMBANGUNAN PRODUK DENGAN AI
Telah berlangsung Siri 1 Bengkel Keusahawanan Teknikal “Transformasi Produk & Pemasaran Digital dengan AI yang memberi fokus kepada Pembangunan Produk dengan AI. Bengkel ini berjaya menghimpunkan para pemohon yang hadir penuh semangat untuk mempelajari kaedah membangunkan produk digital berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Banyak input berharga telah dikongsikan oleh Dr. Azlishah yang memberi penekanan kepada asas penggunaan AI, no-code tools, serta sesi praktikal hands-on menggunakan Gemini, ChatGPT, Bubble dan lain-lain. Para peserta telah diberikan pendedahan menyeluruh bermula dari asas hingga kepada prototaip produk digital atau produk fizikal.
Tempat: Startup Center, RICE UTeM-Melaka, Kampus Teknologi
Tarikh: 10 September 2025 (Rabu)