Skip to main content

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SRA (JAIM) RIM JASIN

Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI)* telah merangka dan menyusun satu program khas berasaskan pendekatan dan kaedah pelaksanaan program dan aktiviti pembudayaan STI yang dinamakan sebagai Program STI 100^3. Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama Pensyarah dan pelajar Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kitaran 1 Program STI 100^3 MOSTI Tahun 2025 bagi Saintis UTeM.
 
Program ini telah dihadiri oleh 3 pensyarah dan 2 pelajar UTeM, 25 orang murid bertempat di SRA (JAIM) RIM Melaka. Para pelajar diberi pendedahan tentang teknologi drone terkini melalui Drone Dji Neo, keupayaan mini solar panel untuk gerakkan model kereta dan cungkil kretiviti pelajar menghasilkan 3D objek melalui 3D pen.
 
Aktiviti utama:
1. Bengkel SEM & Teknologi Masa Depan
2. Car Exploration
3. 3D Pen
 
Tempat : SRA (JAIM) RIM Jasin
Tarikh : Siri 1,2 & 3 September 2025
  • Hits: 408

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SMK KAMPUNG GELAM

Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) telah merangka dan menyusun satu program khas berasaskan pendekatan dan kaedah pelaksanaan program dan aktiviti pembudayaan STI yang dinamakan sebagai Program STI 100^3.
Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama RG Drone Technology dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kitaran 1 Program STI 100^3 MOSTI Tahun 2025 bagi Saintis UTeM.
 
Program ini telah dihadiri oleh 7 penyelidik dari RG Drone Technology, 40 orang murid, 3 guru dan pengetua dari SMK Kg. Gelam. Para pelajar diberi pendedahan tentang teori asas drone, pemasangan serta teknik mengawal penerbangan drone.
 
Aktiviti utama:
1. Hands-on DIY Drone
2. Drone Flight Control
3. Flight Simulator
 
Tempat : SMK Kg. Gelam
Tarikh : 11 September 2025 (Khamis)
  • Hits: 408

BENGKEL KEUSAHAWANAN TEKNIKAL “TRANSFORMASI PRODUK & PEMASARAN DIGITAL DENGAN AI” SIRI 2: MARKETING DENGAN AI

Diteruskan dengan Siri 2 Bengkel Keusahawanan Teknikal yang memberi fokus kepada Marketing dengan AI. Siri ini berjaya menghimpunkan para peserta yang hadir untuk mendalami strategi pemasaran digital moden yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI).
 
Pelbagai strategi dan kaedah praktikal telah dikongsikan oleh penceramah jemputan, Dr. Azlishah, termasuk bagaimana AI boleh membantu dalam memahami tingkah laku pelanggan, merangka kempen pemasaran automatik, serta mengoptimumkan penggunaan platform digital untuk capaian yang lebih meluas. Peserta turut diberi peluang mencuba sendiri aplikasi pemasaran berasaskan AI yang membolehkan mereka melihat potensi sebenar teknologi ini dalam memperkukuhkan jenama dan produk.

Tempat: Startup Center, RICE UTeM-Melaka, Kampus Teknologi
Tarikh: 11 September 2025 (Khamis)
 

BENGKEL KEUSAHAWANAN TEKNIKAL “TRANSFORMASI PRODUK & PEMASARAN DIGITAL DENGAN AI” SIRI 1: PEMBANGUNAN PRODUK DENGAN AI

Telah berlangsung Siri 1 Bengkel Keusahawanan Teknikal “Transformasi Produk & Pemasaran Digital dengan AI yang memberi fokus kepada Pembangunan Produk dengan AI. Bengkel ini berjaya menghimpunkan para pemohon yang hadir penuh semangat untuk mempelajari kaedah membangunkan produk digital berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
 
Banyak input berharga telah dikongsikan oleh Dr. Azlishah yang memberi penekanan kepada asas penggunaan AI, no-code tools, serta sesi praktikal hands-on menggunakan Gemini, ChatGPT, Bubble dan lain-lain. Para peserta telah diberikan pendedahan menyeluruh bermula dari asas hingga kepada prototaip produk digital atau produk fizikal.

Tempat: Startup Center, RICE UTeM-Melaka, Kampus Teknologi
Tarikh: 10 September 2025 (Rabu)
 

PENYERTAAN CEMERLANG UTEM DI INNOVATION PITCH AND BUSINESS MATCHING (IPBM) 2025

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya menghantar empat orang penyelidik untuk menyertai Innovation Pitch and Business Matching (IPBM) 2025 yang berlangsung di World Trade Centre, Kuala Lumpur. Penyertaan ini menyerlahkan kepelbagaian kepakaran serta dedikasi UTeM dalam melahirkan produk inovasi berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh persaingan sihat bersama rakan-rakan universiti MTUN yang lain. Penyelidik UTeM yang terlibat. 
 
Produk-produk inovasi UTeM telah dinilai oleh barisan juri profesional daripada agensi strategik negara seperti MRANTI, Leave A Nest, MYIPO, Aafiyat Sdn. Bhd., Cradle Fund Sdn. Bhd., Cenfotec Sdn. Bhd., SIRIM dan RoboMY Juri menyatakan rasa sangat gembira dan teruja dengan kualiti pembentangan serta idea inovasi kesemua penyelidik UTeM, yang dianggap kompetitif dan mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.
 
Tempat: World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Tarikh: 9 September 2025
  • Hits: 235