SEKSYEN PROJEK NEGERI MELAKA
FUNGSI
- Menguruskan sumber keperluan RICE UTeM-Melaka dalam merancang dan merangka sistem pengurusan operasi pejabat.
- Merancang penyelidikan bersama dalam pelbagai disiplin dan bidang di antara Universiti dan Kerajaan Negeri Melaka berkaitan Dasar untuk Pertumbuhan Ekonomi dan Kemampanan Negeri Melaka.
- Menguruskan projek kolaorasi hasil penyelidikan dan pengkomersilan universiti, Kerajaan Negeri Melaka, industri dan komuniti (Quadruple Helix) selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Negeri Melaka.
- Menggalakkan nilai penyelidikan dalam pembangunan pendidikan untuk pembangunan mampan bagi mewujudkan SMART Melaka dan Bandar Pendidikan Tinggi Melaka (SINERGI MELAKA).
- Mengumpul data-data bagi pelaporan status kemajuan projek kepada .Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Pelaksana.
- Urusetia kepada Mensyuarat J/K Pemandu.
- Urusetia kepada Mensyuarat J/K Pelaksana.
Hari Inovasi Negeri Melaka
YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI HARI INOVASI NEGERI MELAKA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE Melaka@UTeM akan menganjurkan Hari Inovasi Negeri Melaka 2024.
Hari Inovasi Negeri Melaka 2024 bakal menghimpunkan produk dan inovasi masyarakat Negeri Melaka dan seterusnya membuka peluang penglibatan masyarakat secara holistik dan strategik.
Tarikh penting Hari Inovasi Negeri Melaka adalah seperti berikut:
Tarikh Pertandingan & Penjurian : 5 Disember 2024 (Khamis)
Tarikh Tutup Pendaftaran : 22 November 2024 (Jumaat)
Link pendaftaran : https://forms.office.com/r/QtXQHTcLyt
(Penyertaan adalah PERCUMA)
Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan ini berbesar hati menjemput
YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan pelajar-pelajar sekolah untuk menyertai pertandingan ini.
Setiap penyertaan akan menerima medal dan sijil anugerah. Untuk maklumat lanjut berkaitan pertandingan, mohon rujuk pada poster seperti di atas.
Kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi menjayakan pertandingan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE Melaka@UTeM
JAWATANKUASA HARI INOVASI NEGERI MELAKA