Projek ini melibatkan 15 peserta daripada Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka dan projek ini telah bermula pada bulan Julai 2024 dan dijangka berakhir pada bulan Disember 2024. Projek ini juga mendapat sokongan penuh dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Melaka (JAKOA Melaka).
Pada 3 November 2024, para peserta telah menjalankan proses percambahan biji benih bagi tanaman sayuran berdaun seperti pak choy dan sawi. Hasil tanaman ini telah berkembang menjadi tanaman yang sihat dan berjaya dituai pada 8 Disember 2024. Hasil tanaman tersebut dijual terus kepada pelanggan dengan harga RM5 bagi setiap 500 gram.