• Backdrop-UTeM-01-1.jpg
  • banner_mte_2024.png

 

 

 

 

 



Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk Wira/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
PENGANJURAN PROGRAM PEMINDAHAN PERKONGSIAN ILMU ATAU KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAMME (KSTP) 2024 OLEH STAF UTeM KEPADA INDUSTRI DAN KOMUNITI SECARA ATAS TALIAN
 
Program Pemindahan Perkongsian Ilmu atau Knowledge Sharing Transfer Programme (KSTP) merupakan antara kaedah yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memindahkan ilmu pengetahuan dari pihak universiti kepada pihak industri dan komuniti. Pelaksanaan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu yang dilaksanakan menerusi pengalaman dan kepakaran di dalam bidang masing-masing oleh staf UTeM secara tidak langsung dapat membuka peluang untuk menjadikan mereka sebagai pakar dan sumber rujukan kepada pihak industri dan komuniti.
 
Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka, Pejabat TNCPI akan membantu staf UTeM yang ingin turut serta di dalam program-program memindahkan ilmu pengetahuan dari pihak universiti kepada industri secara atas talian sepanjang tahun 2024.
 
 Jika berminat, dimohon untuk mengisi maklumat yang berkaitan di dalam link berikut:
 
http://bit.ly/KTP_Industry_2024 atau scan QR code yang tertera dalam poster.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini, sila hubungi: 
 
·         Ts. Dr. Mohd Hafidzal Bin Mohd Hanafi (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 06-270 4431
·         Dr. Nusaibah Binti Mansor (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 06-270 8036
·         Azmin Fadli bin Mahyuddin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 06-270 2848
 
Kerjasama semua staf untuk mohon dan menyertai program tersebut amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
“MALAYSIA MADANI”
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
“MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN”  
 
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

 
 
April 2024
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30