Skip to main content

GALERI EDU-PELANCONGAN/KOMUNITI


2026

PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UNIVERSITI AWAM

Pelaksanaan projek ini turut memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi kitaran di peringkat komuniti dengan menyediakan peluang penjanaan pendapatan tambahan melalui pengeluaran perabot mudah alih dan cenderamata daripada plastik terpakai. Kedudukan Kampung Bukit Pulau yang berhampiran dengan pusat bandar Melaka menjadikannya terdedah kepada isu lambakan sisa plastik. Justeru, inisiatif ini dilihat berpotensi untuk memanfaatkan sumber sisa tersebut sebagai bahan mentah bernilai tinggi, seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pengurangan sisa plastik.

PROGRAM KOMUNITI: LATIHAN TRANSFORMING PRODUCTIVITY & LEADERSHIP WITH GENERATIVE AI KEPADA STAF LEMBAGA TABUNG HAJI

Latihan Transforming Productivity & Leadership with Generative AI kepada staf Lembaga Tabung Haji telah berjaya dilaksanakan oleh Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-UTeM dengan kerjasama pihak Tabung Haji. Program ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Azlishah bin Othman dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK), dengan penglibatan aktif staf Tabung Haji dari Wilayah Selatan yang merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pelaksanaan program melibatkan pendekatan interaktif melalui bengkel praktikal serta sesi perkongsian ilmu yang komprehensif.

PROGRAM PERASMIAN SEJATI MADANI KAMPUNG PULAU SEMUT -KOLABORASI KOMUNITI STRATEGIK BERSAMA UTeM

 
Pelaksanaan projek di Kampung Pulau Semut melibatkan Projek Sejuk Beku akan memberi manfaat secara langsung kepada usahawan kambing perap dan coconut shake melalui penyediaan peralatan di bawah dana SejaTi MADANI. Selain itu, program ini turut diperkukuh dengan Kursus Digital Marketing bagi membekalkan komuniti dengan kemahiran pemasaran digital, sekali gus membuka peluang pasaran yang lebih luas melalui penggunaan teknologi.

    2025

    PROGRAM PERKONGSIAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) BERTEMAKAN THINKERBITS

    Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE), Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) dengan kerjasama Kekeli Tech Group, Makwe Engineering telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) bertemakan "THINKERBITS" untuk memperkukuhkan pembelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) secara pratikal dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal (SMKDT), Melaka.
     
    Program ini dijayakan melalui perkongsian secara teori dan praktikal dengan bantuan pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik , Fakulti Teknologi danKejuruteraan Elektrik (FTKE).

    PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN

    Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama Research Group dari DAI Tech dibawah CERIA telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kitaran 1 Program STI 100^3 MOSTI Tahun 2025 bagi Saintis UTeM.
     
    Program ini telah dihadiri oleh 55 murid dari SK Tun Syed Ahmad Shahabudin dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tersebut berkaitan dengan pengenalan, pemasangan dan pengendalian dron serta kawalan robot.

    PROGRAM SAYANGI SUNGAI MELAKA

    Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah terlibat dalam menjayakan Program Sayangi Sungai Melaka 2025, satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Infineon Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM). 
     
    Aktiviti utama program ialah 'Riparian Plogging' yang melibatkan lebih 200 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Infineon, serta staf dan pelajar UTeM. Para sukarelawan telah diiktiraf oleh PPSPM sebagai 'Hero Sungai Melaka' atas komitmen luar biasa mereka dalam membersihkan kawasan sekitar sungai.

    PROGRAM CSR GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI KUALA SUNGAI BARU BERSAMA KSU KPT

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UTeM , UiTM, Politeknik Melaka, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru, JAPERUN Kuala Linggi, telah melaksanakan program CSR gotong royong membersihkan kawasan di Kuala Sungai Baru. Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT.
     
    Program ini turut dihadiri pelajar-pelajar mobiliti dari Universitas Negeri Malang (UM), Malang, Jawa Timur, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya, Jawa Timur dan Universitas Dian Nuswantoro (UDN), Semarang, Jawa Tengah,Indonesia yang kini berada di UTeM.

    PROGRAM NEW GENERATION WORLD INNOVATION CHALLENGE (NEWIC) 2025

    Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE) telah memainkan peranan sebagai rakan strategik bekerjasama dalam program New Generation World Innovation Challenge (NeWIC) 2025, yang diadakan sempena Karnival TVET Madani @ Kolej KEDA.
     
    Sebagai rakan penganjur bersama pada kali ini, UTeM turut bertindak sebagai urusetia teknikal dan barisan panel juri, membantu memastikan proses penilaian pertandingan dijalankan secara profesional, telus dan berkualiti tinggi. Program ini menghimpunkan pelajar dan inovator muda dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan pusat latihan TVET seluruh negara, dengan matlamat memperkukuh budaya inovasi, reka cipta dan pemikiran kritis, sejajar dengan keperluan industri semasa.

      2024

      PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI: PROJEK AKUAPONIK PINTAR BERTENAGA SOLAR @ KRUBONG

      Majlis penyerahan set akuaponik pintar bertenaga solar telah diadakan kepada penduduk kampung Tanah Merah,Krubong sempena program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) di bawah tajaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang diketuai oleh Dr. Mohd Rusdy Yaacob (FTKE).

      Projek akuaponik ini adalah sistem pertanian yang menggabungkan akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (penanaman sayur tanpa tanah) dalam satu sistem tertutup yang dijana sepenuhnya oleh sistem solar, dan dilengkapi dengan sistem pemantauan menggunakan IoT.

      PROGRAM KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) BAGI PEMBANGUNAN PELAJAR E-KASEH TINGKATAN 5 NEGERI MELAKA

      Program ini bertujuan membantu anak-anak E-Kaseh dari golongan asnaf dan miskin untuk merancang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

      Program ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dan UTeM dalam memperkasakan anak-anak E-Kaseh melalui pendidikan, sekaligus wajar diteruskan sebagai usaha menyokong pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat.

      PROGRAM KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) BAGI PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL PENYAMAN UDARA NEGERI MELAKA

      Satu initiatif bersama di antara Kerajaan Negeri Melaka bersama UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka telah melaksanakan Program KSTP bagi pembangunan usahawan teknikal penyaman udara.

      Program ini telah melibatkan belia sekitar Negeri Melaka. Mereka memperoleh manfaat bagi membangunkan ekonomi setempat dengan mewujudkan peluang pekerjaan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal.

      KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) & PROJEK KOMUNITI ‘BEACH CLEANUP’ PANTAI SIRING DAN PULAU BURUNG, SERKAM, JASIN MELAKA

      Program ini melibatkan pelajar dari Kelab Sahabat PLH dan staf UTeM bagi menyantuni komuniti setempat di Pantai Siring yang terdiri dari golongan nelayan. Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk pembersihan pantai & pulau, penyediaan ruang bacaan komuniti, pemeriksaan & pameran kesihatan, sumbangan bahan bacaan, dan promosi Jom Masuk UTeM.

      Majlis Perasmian Penutup bagi projek komuniti ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam.

      ARTIFICIAL INTELLIGENCE NEXUS 2024 (MY AI NEXUS 2024)

      Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dijayakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tersebut merupakan sebuah program khas yang bertujuan menemukan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.

      Program ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud untuk melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) WTC, Kuala Lumpur.