Skip to main content

LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI DI BAWAH PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UniMADANI 2025: PENINGKATAN PENANAMAN CENDAWAN TIRAM (SmarTram) MELALUI TEKNOLOGI PINTAR @ KRT RUMAH BANDA HILIR, MELAKA

Projek SmarTram diketuai oleh Dr. Suziana binti Ahmad bersama ahli pasukan yang terdiri daripada Dr. Haslinah, Puan Syuhada, Encik Mohd Afdhal dan Prof. Madya Rostam Affendi. Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan dan penerapan sistem pemantauan serta pengawalan persekitaran rumah cendawan berasaskan teknologi Internet of Things (IoT).

Antara teknologi utama yang diperkenalkan ialah sistem pemantauan suhu secara masa nyata yang membolehkan keadaan persekitaran di dalam rumah cendawan dipantau dengan lebih sistematik dan berkesan. Data suhu yang diperoleh dapat membantu pengusaha mengenal pasti perubahan persekitaran yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan hasil cendawan tiram. Bagi membantu mengawal suhu di dalam rumah cendawan, sistem perenjis air telah dipasang di bahagian atas bumbung rumah cendawan. Sistem ini berfungsi membantu menurunkan dan mengawal suhu persekitaran, khususnya ketika keadaan cuaca panas. Selain itu, blower dan kipas turut dipasang bagi membantu meningkatkan pengudaraan dan memastikan persekitaran rumah cendawan berada dalam keadaan yang lebih sesuai untuk pertumbuhan cendawan.

Tempat: KRT Rumah Banda Hilir, Melaka

Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)

  • Hits: 11