LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI DI BAWAH PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UniMADANI 2025
Projek ini diketuai oleh Dr. Ahamed Fayeez Bin Tuani Ibrahim selaku Ketua Pegawai Pelaksana, yang memfokuskan kepada pembangunan sistem pertanian pintar berasaskan teknologi LoRa (Long Range) bagi membantu golongan wanita, termasuk ibu tunggal, di Kg Pulau meningkatkan pendapatan isi rumah melalui pertanian hidroponik. Seramai 8 orang peserta sasaran, termasuk beberapa ibu tunggal, terlibat secara langsung dalam projek yang menggabungkan lapan set sistem hidroponik bertingkat 204 lubang bersama sistem pemantauan IoT bagi memastikan pengurusan tanaman yang lebih cekap dan lestari.
Sepanjang lawatan ini, pasukan pelaksana turut mendapat sokongan padu daripada penduduk Kampung Pulau, yang menunjukkan penerimaan dan kerjasama erat terhadap pelaksanaan projek. Sokongan yang diberikan oleh komuniti setempat ini mencerminkan hubungan baik yang telah terjalin antara UTeM dan masyarakat kampung sepanjang tempoh projek dijalankan, dan menjadi pemangkin penting kepada kelancaran serta kejayaan projek pada masa hadapan.
Tempat: Kg Pulau, Masjid Tanah, Melaka
Tarikh: 12 Ogos 2026
- Hits: 10