PROGRAM SAYANGI SUNGAI MELAKA 2025
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah terlibat dalam menjayakan Program Sayangi Sungai Melaka 2025, satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Infineon Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM). Objektif program ini adalah untuk memelihara kelestarian alam sekitar tempatan, meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pentingnya penjagaan sumber air, serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 6 dan SDG 13).
Aktiviti utama program ialah 'Riparian Plogging' yang melibatkan lebih 200 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Infineon, serta staf dan pelajar UTeM. Para sukarelawan telah diiktiraf oleh PPSPM sebagai 'Hero Sungai Melaka' atas komitmen luar biasa mereka dalam membersihkan kawasan sekitar sungai.
Tempat: Pejabat PPSPM, Pengkalan Rama dan sepanjang Sungai Melaka
Tarikh: 26 Julai 2025 (Sabtu)
- Hits: 247