PENYERTAAN CEMERLANG UTEM DI INNOVATION PITCH AND BUSINESS MATCHING (IPBM) 2025
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya menghantar empat orang penyelidik untuk menyertai Innovation Pitch and Business Matching (IPBM) 2025 yang berlangsung di World Trade Centre, Kuala Lumpur. Penyertaan ini menyerlahkan kepelbagaian kepakaran serta dedikasi UTeM dalam melahirkan produk inovasi berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh persaingan sihat bersama rakan-rakan universiti MTUN yang lain. Penyelidik UTeM yang terlibat.
Produk-produk inovasi UTeM telah dinilai oleh barisan juri profesional daripada agensi strategik negara seperti MRANTI, Leave A Nest, MYIPO, Aafiyat Sdn. Bhd., Cradle Fund Sdn. Bhd., Cenfotec Sdn. Bhd., SIRIM dan RoboMY Juri menyatakan rasa sangat gembira dan teruja dengan kualiti pembentangan serta idea inovasi kesemua penyelidik UTeM, yang dianggap kompetitif dan mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.
Tempat: World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Tarikh: 9 September 2025
Tarikh: 9 September 2025
- Hits: 236