LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI DI BAWAH PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UniMADANI 2025: SMART AQUAFARM KAMPUNG BELIMBING DALAM, DURIAN TUNGGAL
Lawatan tapak Projek Komuniti di bawah Program Pendayaan Komuniti UniMADANI 2025 bertajuk Smart AquaFarm Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal: Inovasi IoT untuk Penternakan Ikan Air Tawar Lestari telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 23 Disember 2025. Lawatan ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dan telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTeM, para penyelidik serta pegawai-pegawai universiti.
Projek Smart AquaFarm ini diketuai oleh Ts. Dr. Nur Fatihah Binti Azmi dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK), yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) bagi pemantauan kualiti air secara masa nyata meliputi parameter suhu, pH, TDS dan paras air. Sistem ini membantu penternak mengurangkan kebergantungan kepada pemantauan manual serta meningkatkan kecekapan pengurusan kolam ikan air tawar, khususnya ikan keli dan ikan tilapia merah.
Tempat: Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh: 23 Disember 2025
- Hits: 18