Skip to main content

UTeM Rakan Strategik Minggu Sains Negara 2026 Zon Selatan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus memperkukuh peranannya dalam membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) apabila menjadi rakan strategik Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Selatan yang berlangsung pada 9 hingga 10 Ogos 2026 di Dewan Canselor UTeM. Karnival selama dua hari itu dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama UTeM, Pusat Sains Negara (PSN), Planetarium Negara dan Kerajaan Negeri Melaka, sekali gus menjadi platform penting dalam mendekatkan masyarakat khususnya generasi muda kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Karnival selama dua hari itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 6,000 penyertaan, melibatkan pelajar dan murid daripada lebih 50 buah sekolah dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Pelbagai aktiviti interaktif dan pembelajaran secara hands-on disediakan bagi memberi peluang kepada peserta meneroka dunia sains dan teknologi melalui pengalaman secara langsung. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang, dengan turut dihadiri Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan, Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor UTeM, serta barisan pengurusan universiti, wakil agensi, industri, warga pendidik dan pelajar.

Menerusi pelarasan oleh Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) antara pengisian utama yang turut dianjurkan UTeM menerusi Teaching Factory ialah Melaka Drone Challenge 2026, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi dron serta aplikasinya. STEM Battle turut dianjurkan yang merupakan satu aktiviti berasaskan cabaran yang menggalakkan peserta mengaplikasikan pengetahuan STEM, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu produk-produk penyelidikan UTeM turut dipamerkan 

Karnival turut mengetengahkan Program Advokasi Nuklear bertemakan “Nuklear Untuk Rakyat”, yang memberi pendedahan mengenai kepelbagaian aplikasi teknologi nuklear termasuk dalam bidang kesihatan, pertanian dan kehidupan seharian. Pendekatan pembelajaran secara interaktif sepanjang karnival turut membolehkan peserta berinteraksi dengan penyelidik, ahli akademik serta pakar dalam bidang sains dan teknologi.

Penglibatan UTeM sebagai rakan strategik MSN 2026 Zon Selatan mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh ekosistem STEM dan STI serta melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan celik teknologi. Penganjuran program seperti Melaka Drone Challenge dan STEM Battle juga memperkukuh peranan UTeM dalam mendekatkan teknologi kepada masyarakat serta menyokong usaha membangunkan bakat STEM bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Sekian.

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
#rice_utem_melaka
#inovasi_penyelidikan
#inovasi_komuniti
#utemstemcentre
#inovasi_pengkomersilan
#perundingan
#industri_ceo_faculty
#mou_moa_loi_loa_nda
#kstp
#utemstartupcentre_spinoff
#PengkomersialanHartaIntelek
#SifuTrademark
#UTeMxIndustri

  • Hits: 4