JI2022
KEPUTUSAN PENCAPAIAN PENYELIDIK UTeM DI JEJAK INOVASI 2022
YBhg. Datuk/Dato'/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa JEJAK INOVASI UTeM 2022 telah berlangsung pada 21 September 2022 bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah.
Penganjuran program Jejak Inovasi UTeM 2022 yang telah dijenamakan semula daripada Mini UTeMEX sebelum ini akan diteruskan lagi dan dilaksanakan mengikut fakulti tetapi berskala kecil tanpa penyertaan pihak luar. Program ini bertujuan untuk membuat saringan produk inovasi yang berkualiti untuk diangkat ke pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di dalam dan luar negara pada tahun 2023.
Penganjuran program kali ke 3 ini menjadi wadah inovasi dalaman yang akan diangkat ke peringkat lebih tinggi di luar UTeM. Sebanyak 81 penyertaan yang melibatkan peringkat dalaman UTeM terdiri daripada semua fakulti yang mana penjurian dilaksanakan secara pembentangan fizikal melibatkan 10 juri professional daripada industri dan 6 orang juri akademik.
Untuk makluman Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, pecahan yang telah memenangi pingat (keputusan dilampirkan) adalah seperti berikut:-
Sekian, terima kasih.
b.p :
Pusat Pengkomersilan
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)