Skip to main content


SELAMAT DATANG

ACARA YANG AKAN DIANJURKAN

PROGRAM MRANTI 2026 UNTUK PENYELIDIK UTeM
Adakah anda mempunyai teknologi atau produk (TRL4 ke atas) dan sedang mencari:
✔ Rakan industri
✔ Sokongan pengkomersialan
✔ Dana & pelaburan
✔ Peluang penubuhan Startup / Spin-Off
Inilah masanya untuk membawa inovasi anda ke peringkat seterusnya! Dua program terbaru MRANTI 2026 yang menarik.
1. Program MRANTI MATCH
* Padanan teknologi dengan keperluan sebenar industri
* Penglibatan industri & pengkomersialan harta intelek (IP)
* Sesuai untuk pelesenan & traction awal pasaran
2. Program MRANTI Innovation Connect 2026
* Pecutan komersial & persediaan pelabur (investor readiness)
* Peluang pitching kepada pelabur, korporat & rakan strategik
* Laluan pembiayaan & pembentukan venture
Sangat sesuai untuk inovasi atau teknologi TRL4–TRL7
Berminat untuk menyertai? Daftar di pautan berikut sebelum 15 Mac 2026:
Untuk maklumat lanjut dan penyelarasan, sila hubungi:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

QUALITY MANAGEMENT SYSTEM ISO 9001:2015 FOR INDUSTRY AND COMMUNITY

BERITA DAN PERISTIWA

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM JELAJAH UTeM STEM CENTRE DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Program Perkongsian dan Pemindahan Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Jelajah UTeM STEM Centre di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara.
 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah terhadap aplikasi teknologi robotik dalam kejuruteraan pembuatan. Maklum balas yang sangat positif telah diterima daripada peserta.

CONNECTING INNOVATION: MRANTI & UTeM ENGAGEMENT SESSION

Secara keseluruhan, pihak MRANTI telah berkongsi peluang sokongan strategik, ekosistem dan funding yang sangat bermanfaat, khususnya kepada penyelidik yang mempunyai produk atau teknologi pada tahap TRL 4 ke atas untuk tujuan validasi, pengkomersilan, startup atau spin-off.
 
Sehubungan itu, pihak RICE UTeM akan mempelawa dan menyelaras penyertaan penyelidik UTeM yang berminat untuk menyertai program-program MRANTI. Penyelidik yang berminat bolehlah menghubungi pihak RICE untuk tindakan dan maklumat lanjut. 

RICE PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA PENGARAH MyIPO WILAYAH TENGAH

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), telah melaksanakan Sesi Perbincangan Bersama @MyIPO Wilayah Tengah pada hari ini yang disertai oleh Pengarah MyIPO Wilayah Tengah serta wakil delegasi.
 
Sesi ini turut melibatkan wakil RICE yang terdiri daripada Timbalan Pengarah RICE serta Penyelaras BlueDot, dengan agenda utama memfokuskan kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam aspek pengurusan perlindungan harta intelek (IP Management), strategi pemfailan inovasi, serta pendekatan terkini dalam Penilaian Nilai Harta Intelek (IP Valuing) bagi menyokong agenda pengkomersialan universiti.

PROGRAM PERASMIAN SEJATI MADANI KAMPUNG PULAU SEMUT -KOLABORASI KOMUNITI STRATEGIK BERSAMA UTeM

Pelaksanaan projek di Kampung Pulau Semut melibatkan Projek Sejuk Beku akan memberi manfaat secara langsung kepada usahawan kambing perap dan coconut shake melalui penyediaan peralatan di bawah dana SejaTi MADANI. Selain itu, program ini turut diperkukuh dengan Kursus Digital Marketing bagi membekalkan komuniti dengan kemahiran pemasaran digital, sekali gus membuka peluang pasaran yang lebih luas melalui penggunaan teknologi.

PROGRAM AI AWARENESS RAKYAT DIGITAL NEGERI MELAKA 2025 – SIRI 1

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah Exco Sains, Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital untuk melaksanakan Program AI Awareness Rakyat Digital Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Belia Negeri Melaka.

Program Kesedaran Artificial Intelligence (AI) Rakyat Digital Melaka adalah inisiatif sokongan ke arah pencapaian objektif PSMJ 2035 khususnya di bawah teras "Transformasi Ekonomi dan Pekerjaan Masa Hadapan" serta agenda "Digital Empowerment" dalam Smart Melaka Blueprint.

LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI DI BAWAH PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UniMADANI 2025: SMART AQUAFARM KAMPUNG BELIMBING DALAM, DURIAN TUNGGAL

Lawatan tapak Projek Komuniti di bawah Program Pendayaan Komuniti UniMADANI 2025 bertajuk Smart AquaFarm Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal: Inovasi IoT untuk Penternakan Ikan Air Tawar Lestari telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 23 Disember 2025. Lawatan ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dan telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTeM, para penyelidik serta pegawai-pegawai universiti.

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM BENGKEL DIGITAL WORKSHOP@UTeM & JELAJAH UTeM STEM CENTRE DI SK (P) METHODIST 2, MELAKA

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama FTMK dan FTKE telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Bengkel Digital Workshop@UTeM & Jelajah UTeM STEM Centre di Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist 2, Melaka.

RICE PERKASA PERANCANGAN STRATEGIK & KOLABORASI INOVASI MELALUI BENGKEL PSU 2026–2030

Lawatan penanda aras ke UniMAP yang telah memberikan pendedahan langsung kepada warga RICE mengenai amalan terbaik dalam pengurusan inovasi, pengkomersialan dan kerjasama industri. Delegasi melawat Pusat Kerjasama Industri & Agensi Kerajaan (CIGC) serta Pusat Pengurusan Inovasi & Komersil (ICC), di mana perkongsian operasi dan strategi memberi nilai tambah penting kepada perancangan strategik yang dibentangkan dalam bengkel seterusnya.

UTeM MENYEMARAKKAN JEJAK INOVASI UTeM 2025

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE UTeM–Melaka) telah berjaya menganjurkan Jejak Inovasi UTeM 2025, sebuah program tahunan yang menghimpunkan hasil inovasi dan penyelidikan terbaik warga universiti. Dengan membawa tema Menjejak Inovasi Menuju Komersial, program ini menzahirkan aspirasi UTeM untuk mengangkat hasil penyelidikan ke peringkat aplikasi sebenar dan pengkomersialan, sekali gus memperkukuh ekosistem inovasi dalam kalangan warga akademia.

UTeM MEWARNAI MBOT ENTICE 2025

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE UTeM-Melaka) telah mengambil bahagian dalam MBOT ENTICE 2025 bersempena sambutan 10 tahun bertemakan “A Decade of Uplifting Tech Talents (2015–2025)”.
 
UTeM menampilkan dua inovasi berimpak tinggi hasil kepakaran penyelidik iaitu *Profesor Madya Dr. Nadlene binti Razali* memperkenalkan inovasi *Thermoplastic Composite (TPC)* untuk aplikasi aeroangkasa yang menekankan kecekapan kitaran pemprosesan, ketahanan tinggi, fleksibiliti automasi serta sokongan terhadap matlamat kelestarian dalam green aviation dan smart manufacturing. Sementara itu, *Ts. Dr. Noorezam bin Yusop* membawakan *SEMANIS* iaitu Smart Aroma System, berasaskan teknologi IoT yang menggabungkan kesihatan, kesejahteraan dan keusahawanan digital, sekali gus memperlihatkan potensi pasaran gaya hidup moden.