Skip to main content

MTE 2022


Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pusat Pengkomersilan (UCC) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan di atas pencapaian penyelidik UTeM yang telah berjaya memenangi 6 pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022 yang telah berlangsung pada 1 hingga 3 November 2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok.

Tahniah diucapkan kepada para penyelidik UTeM di atas pencapaian tersebut dan semoga dengan pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada kebangsaan dan antarabangsa. 

Di kesempatan ini juga, pihak UCC ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi, Fakulti dan CRIM atas kerjasama erat serta sokongan yang telah diberikan dalam kejayaan ini. 

Perhatian YBhg. Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan terhadap perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, harap maklum.

Ikhlas daripada

Pusat Pengkomersilan (UCC)