BENGKEL IP & SEMAKAN COPYRIGHT BERSAMA MyIPO 2026
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Bengkel IP & Semakan Copyright Bersama MyIPO 2026 dengan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan penyelidik warga universiti.
Bengkel ini memfokuskan kepada pemantapan pengurusan dan perlindungan harta intelek (IP), termasuk strategi pemfailan hak cipta serta semakan dokumen secara langsung bersama pegawai MyIPO. Hasilnya, sebanyak 18 permohonan copyright berjaya dihantar, sekali gus membuktikan komitmen tinggi warga UTeM dalam melindungi hasil inovasi secara strategik dan sistematik. Para peserta turut memberikan maklum balas yang amat positif serta menyatakan kepuasan terhadap sesi bimbingan dan semakan yang dijalankan secara langsung bersama pihak MyIPO.
Tempat: UTeM Start-Up Centre, Kampus Teknologi, UTeM
Tarikh: 9 Februari 2026
- Hits: 17