Skip to main content

UTeM MENYEMARAKKAN JEJAK INOVASI UTeM 2025

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE UTeM–Melaka) telah berjaya menganjurkan Jejak Inovasi UTeM 2025, sebuah program tahunan yang menghimpunkan hasil inovasi dan penyelidikan terbaik warga universiti. Dengan membawa tema Menjejak Inovasi Menuju Komersial, program ini menzahirkan aspirasi UTeM untuk mengangkat hasil penyelidikan ke peringkat aplikasi sebenar dan pengkomersialan, sekali gus memperkukuh ekosistem inovasi dalam kalangan warga akademia.
 
Jejak Inovasi UTeM 2025 memperlihatkan pelbagai hasil ciptaan dan penyelidikan UTeM yang merangkumi bidang teknologi pembuatan, kejuruteraan bahan, automasi dan sistem pintar, sains komputer, pendidikan teknikal, reka bentuk, serta keusahawanan teknologi. Program ini menekankan penilaian berasaskan keunikan idea, nilai komersial, kebolehfungsian dan impak kepada komuniti serta industri, di samping menilai kesediaan sesuatu produk untuk diterjemahkan ke pasaran sebenar.
 
Tempat: Lobi Start-up Centre, Kampus Industri, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Tarikh: 16 Oktober 2025
  • Hits: 50

UTeM MEWARNAI MBOT ENTICE 2025

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE UTeM-Melaka) telah mengambil bahagian dalam MBOT ENTICE 2025 bersempena sambutan 10 tahun bertemakan “A Decade of Uplifting Tech Talents (2015–2025)”.
 
UTeM menampilkan dua inovasi berimpak tinggi hasil kepakaran penyelidik iaitu *Profesor Madya Dr. Nadlene binti Razali* memperkenalkan inovasi *Thermoplastic Composite (TPC)* untuk aplikasi aeroangkasa yang menekankan kecekapan kitaran pemprosesan, ketahanan tinggi, fleksibiliti automasi serta sokongan terhadap matlamat kelestarian dalam green aviation dan smart manufacturing. Sementara itu, *Ts. Dr. Noorezam bin Yusop* membawakan *SEMANIS* iaitu Smart Aroma System, berasaskan teknologi IoT yang menggabungkan kesihatan, kesejahteraan dan keusahawanan digital, sekali gus memperlihatkan potensi pasaran gaya hidup moden.
 
Tempat: M Resort & Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh: 30 September 2025
  • Hits: 37

PENGANJURAN HARI INOVASI NEGERI MELAKA 2025

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) dengan kerjasama strategik Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menganjurkan Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 buat kali kedua dengan tema “Menjana Solusi Inovatif ke Arah Komuniti Sejahtera.” Program yang berlangsung meriah ini menghimpunkan seramai 145 peserta daripada pelbagai kategori termasuk institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan, pihak swasta serta sekolah. Penganjuran ini bertujuan memperkukuh ekosistem inovasi negeri, selain menjadi platform perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.
 
Hari Inovasi ini turut menjadi sebahagian daripada pra peluncuran Festival of Ideas @Melaka 2025, sebagai tanda sokongan terhadap usaha negeri Melaka untuk mengangkat agenda inovasi sebagai pemacu kesejahteraan komuniti.
 
Tempat : UniKL MICET
Tarikh : 25 September 2025
  • Hits: 26

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM JELAJAH UTeM STEM CENTRE DI SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Program Perkongsian dan Pemindahan Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Jelajah UTeM STEM Centre di SMK Tun Syed Zahiruddin.
 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah terhadap aplikasi teknologi robotik dalam kejuruteraan pembuatan. Maklum balas yang sangat positif telah diterima daripada peserta.
 
 
 
Tempat: SMK Tun Syed Zahiruddin
Tarikh: 11 September 2025 (Khamis)
  • Hits: 228

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM JELAJAH UTeM STEM CENTRE DI SJKC PAY TECK

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) telah menganjurkan Program Perkongsian dan Pemindahan Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Jelajah UTeM STEM Centre di SJKC Pay Teck.
 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah terhadap aplikasi teknologi robotik dalam kejuruteraan pembuatan. Maklum balas yang sangat positif telah diterima daripada peserta.
 
Tempat: SJKC Pay Teck
Tarikh: 10 September 2025 (Rabu)
  • Hits: 233