Skip to main content

PROGRAM KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) BAGI PEMBANGUNAN PELAJAR E-KASEH TINGKATAN 5 NEGERI MELAKA

Pada 20 Disember 2024, Program TVET E-Kaseh Selangkah ke IPT telah dianjurkan dengan jayanya oleh Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU) bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka. Program ini bertujuan membantu anak-anak E-Kaseh dari golongan asnaf dan miskin untuk merancang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Bertempat di Laman Hikmah, UTeM, program ini mensasarkan 60 pelajar Tingkatan 5 dari seluruh Negeri Melaka. Aktiviti seperti ceramah motivasi, penerangan STEM, perbincangan berkumpulan, dan simulasi kehidupan kampus berjaya memberikan gambaran tentang potensi kerjaya dan kepentingan pendidikan tinggi.
 
Program ini memberikan impak positif dengan meningkatkan motivasi pelajar sekolah untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang TVET. Peserta menunjukkan minat mendalam terhadap aplikasi teknologi moden dan memahami keperluan merancang masa hadapan dengan fokus. Program ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dan UTeM dalam memperkasakan anak-anak E-Kaseh melalui pendidikan, sekaligus wajar diteruskan sebagai usaha menyokong pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat.
 
Tempat: Laman Hikmah, UTeM
Tarikh: 20 Disember 2024
  • Hits: 19