Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UTeM , UiTM, Politeknik Melaka, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru, JAPERUN Kuala Linggi, telah melaksanakan program CSR gotong royong membersihkan kawasan di Kuala Sungai Baru. Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT.
Program ini turut dihadiri pelajar-pelajar mobiliti dari Universitas Negeri Malang (UM), Malang, Jawa Timur, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya, Jawa Timur dan Universitas Dian Nuswantoro (UDN), Semarang, Jawa Tengah,Indonesia yang kini berada di UTeM.
Tempat: Kuala Sungai Baru, Melaka Tarikh: 12 Januari 2025
Majlis Pelancaran Sistem Fertigasi Pintar Berasaskan Teknologi IoT Di telah diadakan di Kebun Komuniti Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka sempena program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) di bawah tajaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Program ini diketuai oleh Profesor Madya Dr Imran bin Mohd Ibrahim dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK), UTeM.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif (menjalankan fungsi TNCPI UTeM), diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Hj Adly bin Zahari , Ahli Parlimen Alor Gajah.
Tempat: Kebun Komuniti Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka Tarikh: 12 Januari 2025