Skip to main content

GALERI KOMUNITI EDU-PELANCONGAN / INDUSTRI

INDUSTRI


BENGKEL STRATEGI PELABURAN PENYELIDIKAN BERSAMA INDUSTRI ANJURAN BAHAGIAN HUBUNGAN INDUSTRI (BHI) DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (BKPI) SERTA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SEBAGAI PERSIAPAN PROGRAM UNIVERSITY RESEARCH & INNOVATION INVESTMENT (URIIS) 2026

Banyak food for thought tentang kerangka RDICE yang dikongsi YBhg. Datuk Ir Prof. Dr. Farhan sebagai kata aluan bengkel — antaranya mengingatkan kita bahawa komponen Research, Development, Innovation, Commercialisation & Economy - juga menuntut kita memberi penekanan khusus kepada huruf “E” untuk Economy. Setiap ringgit yang dilaburkan dalam penyelidikan perlu membawa pulangan dalam bentuk teknologi baharu, peningkatan produktiviti industri, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pembinaan daya saing negara

Tempat: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tarikh: 13 November 2025 

PELUNCURAN MINISTRY OF HIGHER EDUCATION RESEARCH AND INDUSTRY-INFUSED INCUBATOR (MRI3) BAGI KONSORTIUM AUTOMOTIF, LOGISTIK DAN REL

Perlantikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai penolong peneraju dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai peneraju sektor automotif dalam pelaksanaan program Ministry of Higher Education Research and Industry-Infused Incubator (MRI3) atau Inkubator Penyelidikan dan Serap Industri (MRI3) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dimeterai secara rasmi pada Khamis (6 November 2025).  Dua lagi universiti peneraju MRI3, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi sektor logistik dan rel diterajui oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tarikh: 6 November 2025

INDUSTRIAL VISIT- REAL STEM & TVET: CTRM SEMPENA KITARAN 1.5 PROGRAM STI 100^3 BAGI SAINTIS UTEM KEPADA SMK AYER KEROH

CTRM ialah peneraju dalam industri aeroangkasa yang mengkhusus dalam pembuatan dan pemasangan komponen komposit. Selain itu, syarikat ini turut menawarkan pelbagai komponen pesawat seperti sayap, nacelle dan fan cowl.

Delegasi dibawa ke setiap proses pembuatan struktur aeroangkasa bermula daripada proses in-house core atau kitting sehinggalah kepada final inspection untuk dihantar kepada pengeluar pesawat utama dunia.

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak CTRM atas layanan dan penerangan yang diberikan.

Tempat: Composites Technology Research Malaysia (CTRM) di Batu Berendam, Melaka
Tarikh: 2 Mei 2025 (Jumaat)

Baca selanjutnya: GALERI KOMUNITI EDU-PELANCONGAN / INDUSTRI

  • Hits: 129

GALERI KOMUNITI EDU-PELANCONGAN / STEM

STEM


PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SMK KAMPUNG GELAM

Program ini telah dihadiri oleh 7 penyelidik dari RG Drone Technology, 40 orang murid, 3 guru dan pengetua dari SMK Kg. Gelam. Para pelajar diberi pendedahan tentang teori asas drone, pemasangan serta teknik mengawal penerbangan drone.

Maklum balas sangat positif diterima daripada pelajar dan guru, sekaligus membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam membudayakan STEM di sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ia menjadi langkah berterusan dalam memperkasa minat STEM generasi muda.

Tempat: SMK Kg. Gelam
Tarikh: 11 September 2025 (Khamis)

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SMK DATO’ DOL SAID

Program ini telah dihadiri oleh 23 orang murid dan 2 guru pengiring dari SMK Dato’ Dol Said dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah berkaitan dengan pengenalan, lakaran 2D, asas permodelan 3D dan drafting.

Penganjuran ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peserta. Pihak RICE UTeM-Melaka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tempat: Studio CAD 3, FTKM
Tarikh: 3 September 2025 (Rabu)

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SRA (JAIM) RIM JASIN

Program ini telah dihadiri oleh 3 pensyarah dan 2 pelajar UTeM, 25 orang murid bertempat di SRA (JAIM) RIM Melaka. Para pelajar diberi pendedahan tentang teknologi drone terkini melalui Drone Dji Neo, keupayaan mini solar panel untuk gerakkan model kereta dan cungkil kretiviti pelajar menghasilkan 3D objek melalui 3D pen.

Maklum balas sangat positif diterima daripada pelajar dan guru, sekaligus membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam membudayakan STEM di sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ia menjadi langkah berterusan dalam memperkasa minat STEM generasi muda.

Tempat: SRA (JAIM) RIM Jasin
Tarikh: Siri 1,2 & 3 September 2025

Baca selanjutnya: GALERI KOMUNITI EDU-PELANCONGAN / STEM

  • Hits: 142

GALERI KOMUNITI EDU-PELANCONGAN / KOMUNITI

KOMUNITI


PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI: PENINGKATAN KAPASITI PENGELUARAN KEBUN KOMUNITI DURIAN TUNGGAL (KKDT) MELALUI TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR

Projek ini memperkenalkan Sistem Fertigasi Pintar menggunakan teknologi IoT, di mana sensor ladang dihubungkan secara tanpa wayar dengan Teknologi LORA, Wireless LAN, dan 5G untuk memantau dan mengawal tanaman secara jarak jauh. Sistem ini mampu menyiram 1,000 pokok serentak dengan kualiti hasil yang konsisten, memberi manfaat kepada 10 peserta Kebun Komuniti. Peserta juga dilatih dalam pemasaran untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Kebun Komuniti ini turut menjadi Makmal Penyelidikan Lapangan bagi mahasiswa dan penyelidik UTeM, menyokong kajian teknologi pertanian moden serta mengukuhkan kerjasama universiti dan masyarakat. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan inisiatif ini.

Tempat: Kebun Komuniti Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka
Tarikh: 12 Januari 2025 

PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI: REALISASI EKONOMI KITARAN MELALUI RUMAH KOMPOS MADANI BERSAMA KOMUNITI PANTAI SIRING, MERLIMAU, MELAKA

 
Melalui fasiliti ini, sisa makanan akan diproses menggunakan mesin kompos elektrik untuk menjadi baja. Hasilnya, baja kompos ini boleh dijual oleh komuniti untuk menjana pendapatan mereka. Dua fasiliti Rumah Kompos Madani telah dibangunkan oleh penyelidik UTeM untuk kegunaan dua komuniti iaitu Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah (SAIKHAD) dan Jawatankuasa Pembangunan Nelayan (JPN) Pantai Siring. SAIKHAD menerima mesin kompos elektrik berkapasiti 10kg dan JPN Pantai Siring pula menerima mesin kompos elektrik berkapasiti 50kg.
Tempat: Merlimau, Jasin, Melaka
Tarikh: 19 Februari 2025 

PROGRAM KOMUNITI@ UNIMADANI: PROJEK PERTANIAN BANDAR VERTIKAL BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI @ BUKIT PAYUNG

Projek ini melibatkan 15 peserta daripada Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka dan projek ini telah bermula pada bulan Julai 2024 dan dijangka berakhir pada bulan Disember 2024. Projek ini juga mendapat sokongan penuh dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Melaka (JAKOA Melaka).

Pada 3 November 2024, para peserta telah menjalankan proses percambahan biji benih bagi tanaman sayuran berdaun seperti pak choy dan sawi. Hasil tanaman ini telah berkembang menjadi tanaman yang sihat dan berjaya dituai pada 8 Disember 2024. Hasil tanaman tersebut dijual terus kepada pelanggan dengan harga RM5 bagi setiap 500 gram.

Tempat: Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka
Tarikh: Julai - Disember 2024

Baca selanjutnya: GALERI KOMUNITI EDU-PELANCONGAN / KOMUNITI

  • Hits: 408

GALERI EDU-PELANCONGAN

GALERI EDU-PELANCONGAN/KOMUNITI


2025

  • PROGRAM PERKONGSIAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) BERTEMAKAN THINKERBITS

    Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE), Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) dengan kerjasama Kekeli Tech Group, Makwe Engineering telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) bertemakan "THINKERBITS" untuk memperkukuhkan pembelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) secara pratikal dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal (SMKDT), Melaka.
     
    Program ini dijayakan melalui perkongsian secara teori dan praktikal dengan bantuan pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik , Fakulti Teknologi danKejuruteraan Elektrik (FTKE).
  • PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN

    Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama Research Group dari DAI Tech dibawah CERIA telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kitaran 1 Program STI 100^3 MOSTI Tahun 2025 bagi Saintis UTeM.
     
    Program ini telah dihadiri oleh 55 murid dari SK Tun Syed Ahmad Shahabudin dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tersebut berkaitan dengan pengenalan, pemasangan dan pengendalian dron serta kawalan robot.
  • PROGRAM SAYANGI SUNGAI MELAKA

    Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah terlibat dalam menjayakan Program Sayangi Sungai Melaka 2025, satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Infineon Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM). 
     
    Aktiviti utama program ialah 'Riparian Plogging' yang melibatkan lebih 200 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Infineon, serta staf dan pelajar UTeM. Para sukarelawan telah diiktiraf oleh PPSPM sebagai 'Hero Sungai Melaka' atas komitmen luar biasa mereka dalam membersihkan kawasan sekitar sungai.
  • PROGRAM CSR GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI KUALA SUNGAI BARU BERSAMA KSU KPT

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UTeM , UiTM, Politeknik Melaka, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru, JAPERUN Kuala Linggi, telah melaksanakan program CSR gotong royong membersihkan kawasan di Kuala Sungai Baru. Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT.
     
    Program ini turut dihadiri pelajar-pelajar mobiliti dari Universitas Negeri Malang (UM), Malang, Jawa Timur, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya, Jawa Timur dan Universitas Dian Nuswantoro (UDN), Semarang, Jawa Tengah,Indonesia yang kini berada di UTeM.
  • PROGRAM NEW GENERATION WORLD INNOVATION CHALLENGE (NEWIC) 2025

    Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE) telah memainkan peranan sebagai rakan strategik bekerjasama dalam program New Generation World Innovation Challenge (NeWIC) 2025, yang diadakan sempena Karnival TVET Madani @ Kolej KEDA.
     
    Sebagai rakan penganjur bersama pada kali ini, UTeM turut bertindak sebagai urusetia teknikal dan barisan panel juri, membantu memastikan proses penilaian pertandingan dijalankan secara profesional, telus dan berkualiti tinggi. Program ini menghimpunkan pelajar dan inovator muda dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan pusat latihan TVET seluruh negara, dengan matlamat memperkukuh budaya inovasi, reka cipta dan pemikiran kritis, sejajar dengan keperluan industri semasa.

2024

  • PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI: PROJEK AKUAPONIK PINTAR BERTENAGA SOLAR @ KRUBONG

    Majlis penyerahan set akuaponik pintar bertenaga solar telah diadakan kepada penduduk kampung Tanah Merah,Krubong sempena program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) di bawah tajaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang diketuai oleh Dr. Mohd Rusdy Yaacob (FTKE).

    Projek akuaponik ini adalah sistem pertanian yang menggabungkan akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (penanaman sayur tanpa tanah) dalam satu sistem tertutup yang dijana sepenuhnya oleh sistem solar, dan dilengkapi dengan sistem pemantauan menggunakan IoT.

  • PROGRAM KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) BAGI PEMBANGUNAN PELAJAR E-KASEH TINGKATAN 5 NEGERI MELAKA

    Program ini bertujuan membantu anak-anak E-Kaseh dari golongan asnaf dan miskin untuk merancang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Program ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dan UTeM dalam memperkasakan anak-anak E-Kaseh melalui pendidikan, sekaligus wajar diteruskan sebagai usaha menyokong pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat.

  • PROGRAM KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) BAGI PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL PENYAMAN UDARA NEGERI MELAKA

    Satu initiatif bersama di antara Kerajaan Negeri Melaka bersama UTeM menerusi Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-Melaka telah melaksanakan Program KSTP bagi pembangunan usahawan teknikal penyaman udara.

    Program ini telah melibatkan belia sekitar Negeri Melaka. Mereka memperoleh manfaat bagi membangunkan ekonomi setempat dengan mewujudkan peluang pekerjaan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal.

  • KNOWLEDGE SHARING TRANSFER PROGRAM (KSTP) & PROJEK KOMUNITI ‘BEACH CLEANUP’ PANTAI SIRING DAN PULAU BURUNG, SERKAM, JASIN MELAKA

    Program ini melibatkan pelajar dari Kelab Sahabat PLH dan staf UTeM bagi menyantuni komuniti setempat di Pantai Siring yang terdiri dari golongan nelayan. Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk pembersihan pantai & pulau, penyediaan ruang bacaan komuniti, pemeriksaan & pameran kesihatan, sumbangan bahan bacaan, dan promosi Jom Masuk UTeM.

    Majlis Perasmian Penutup bagi projek komuniti ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam.

  • ARTIFICIAL INTELLIGENCE NEXUS 2024 (MY AI NEXUS 2024)

    Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dijayakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tersebut merupakan sebuah program khas yang bertujuan menemukan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.

    Program ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud untuk melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) WTC, Kuala Lumpur.

Baca selanjutnya: GALERI EDU-PELANCONGAN

  • Hits: 1649