Skip to main content

PENGURUSAN HARTA INTELEK

PENGURUSAN HARTA INTELEK


1.     Bilakah permohonan pemfailan Harta Intelek dibuka?

Permohonan Harta Intelek dibuka sepanjang tahun.

 

2.     Siapakah yang layak untuk memohon pemfailan Harta Intelek?

Semua staf Akademik dan staf Bukan Akademik UTeM.

 

3.    Siapakah yang akan menanggung kos pemfailan Harta Intelek?

Kos pemfailan Harta Intelek akan ditanggung menggunakan peruntukkan CRIM dengan syarat permohonan tersebut diluluskan.

 

4.    Adakah pemfailan Harta Intelek diperlukan sekiranya penyelidik ingin menyertai pertandingan rekacipta?

Pemfailan Harta Intelek adalah diperlukan sekiranya penyelidik berjaya terpilih menyertai pertandingan.

 

5.    Adakah dibenarkan untuk publish setelah membuat pemfailan?

Boleh

 

6.    Apakah kriteria yang dibenarkan untuk permohonan UI?

Permohonan UI akan diteruskan sekiranya mempunyai kolaborasi dengan industri kerana semasa pemeriksaan oleh pihak MyIPO kriteria yang diperlukan adalah laporan setiap tahun daripada industri

 

7.   Adakah formula matematik dibenarkan untuk permohonan IP?

Tidak kerana formula matematik adalah untuk kegunaan public.

 

8.   Apakah jenis perlindungan trademark yang terbaik?

Perlindungan yang terbaik sekiranya mohon trademark adalah word mark kerana ia akan protect untuk semua.     

 

9.   Bilakah tempoh masa untuk permohonan PCT?

Dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pemfailan

 

10.   Bagaimanakah cara untuk expedited permohonan Patent/UI?

Pemohon boleh memohon untuk expedited selepas 16 bulan dari tarikh priority date/filing date. Ia nya mengambil masa 2 bulan dari tarikh permohonan untuk dapatkan laporan pemeriksaan (examination report). Maka dengan ini, sekiranya permohonan lengkap, pemohon boleh mendapatkan waran paten (patent granted) dalam tempoh 20 bulan daripada tarikh pemfailan.Kos yang terlibat untuk permintaan untuk expedited adalah lebih kurang sebanyak RM2500

 

11.   Adakah inovasi/ciptaan yang telah di publish boleh untuk mohon IP?

Untuk permohonan pemfailan paten/UI dalam tempoh setahun daripada tarikh publish.

 

12.   Apakah yang dilindungi oleh Copyright?

Copyright hanya melindungi karya bukan teknologi yang dicipta.

 

13.  Bolehkah penyelidik UTeM untuk membuat permohonan IP terus kepada pihak MyIPO?

Boleh dengan syarat pemilik bagi inovasi tersebut adalah UTeM. Permohonan perlu memaklumkan kepada RICE secara bertulis sekiranya telah membuat pemfailan dan memberi justifikasi mengapa membuat pemfailan tanpa melalui UTeM sekiranya permohonan tersebut unuk tujuan mendapatkan surat pengesahan permohonan bagi kenaikan pangkat.

 

14.   Apakah langkah pertama untuk memohon proses muat naik aplikasi di apple store atau play store? 

Pemohon perlu membuat permohonan trademark sebelum memohon untuk memuat naik aplikasi di apple store atau play store.

 

15.   Bolehkah membuat MoA dan Permohonan IP dalam masa yang sama?

Boleh

 

16.   Bolehkah penyelidik bersama terdiri daripada nama institusi/syarikat/entiti bagi permohonan copyright?

Tidak boleh. Penyelidik bersama di dalam permohonan copyright perlu di atas nama individu. 

 

17.  Mengapa bagi permohonan paten/UI perlu melalui ejen paten dan tidak terus kepada pihak MyIPO. Ini akan melibatkan kos yang tinggi?

Ini adalah kerana di UTeM tidak mempunyai kepakaran dalam membuat drafting dsb. Setiap paten agent memerlukan kepakaran atau kelayakan yang diiktiraf oleh pihak MyIPO kerana mereka perlu mendapatkan lesen sebagai patent agent. Maka dengan itu, kos bagi permohonan patent agak mahal sekitar RM10,000 dan ia merupakan kos yang standard di Malaysia.

 

18.  Adakah IP merupakan syarat sebelum ke pameran?

Ya. Setiap inovasi yang ke pertandingan perlu mempunyai IP atau sekurang-kurangnya telah melalui proses penilaian IP.

 

19.  Apakah kriteria penting yang membolehkan untuk permohonan PCT?

Perlu ada market segmentation  dan density (iaitu keperluan permintaan di tempat yang berkaitan). 

Baca selanjutnya: PENGURUSAN HARTA INTELEK

  • Hits: 1198

OBJEKTIF

OBJEKTIF


  • MEMPERKASAKAN KONSEP QUADRUPLE HELIX (UNIVERSITI, KERAJAAN, INDUSTRI DAN KOMUNITI) DALAM MASYARAKAT BERASASKAN PENGETAHUAN UNTUK INOVASI DAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN NEGERI MELAKA. KONSEP QUADRUPLE HELIX INI SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBANTU NEGARA MENCAPAI KEJAYAAN BERSIFAT LONJAKAN BERGANDA.

  • MEMBANGUNKAN R&D DALAM KAJIAN BERKAITAN DASAR UNTUK PERTUMBUHAN EKONOMI DAN KEMAMPANAN NEGERI MELAKA.

  • MEMBANGUNKAN R&D UNTUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN TEKNOLOGI SELARAS DENGAN PELAN STRATEGIK MELAKAKU JAYA 2035 (PSMJ35) DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) DI NEGERI MELAKA.

  • MENGGALAKKAN NILAI PENYELIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBELAJARAN PENTING DALAM NEGERI MELAKA.

Baca selanjutnya: OBJEKTIF

  • Hits: 2082

VISI & MISI


VISI
Melestari integrasi Universiti bersama komuniti , industri dan agensi kerajaan demi mewujudkan ekosistem yang dinamik

MISI
Menjadi peneraju di bidang inovasi , pengkomersilan , STEM , edu-pelancongan serta hubungan industri dan komuniti melalui kolaborasi berimpak sejajar dengan Pelan Strategik Universiti


Baca selanjutnya: VISI & MISI

  • Hits: 3249

PENGURUSAN TENAGA

PENGURUSAN TENAGA



  • LAWATAN AUDIT DALAMAN MATRIK PENILAIAN SISTEM PENGURUSAN TENAGA PUSAT TANGGUNGJAWAB (MaPTeP) DI KOMPLEKS PENYELIDIKAN DAN INOVASI (KPI)

    Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UTeM akan melaksanakan audit dalaman Matrik Penilaian Sistem Pengurusan Tenaga Pusat Tanggungjawab (MaPTeP) 2025 di Kompleks Penyelidikan dan Inovasi (KPI) pada ketetapan berikut:

    Tarikh : 30 September 2025 (Isnin)
    Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
    Tempat : Blok A dan Blok B, Kompleks Penyelidikan dan Inovasi (KPI)

    Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau bagi KPI yang telah dilantik oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) akan menyambut kedatangan auditor yang akan menjalankan audit tersebut. Lawatan audit ini adalah untuk menjayakan agenda Pengurusan dan Penjimatan Tenaga UTeM yang lestari.

    Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    b/p: PPTe Zon 2 - Kompleks Penyelidikan dan Inovasi

  • JAWATANKUASA PENGURUSAN TENAGA DAN AMALAN HIJAU

    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah melantik Jawatankuasa Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau bagi Kompleks Penyelidikan dan Inovasi berkuat kuasa mulai 15 Mac 2024. Antara skop dan bidang tugas jawatankuasa tersebut adalah melaksanakan aktiviti dan program berkaitan pengurusan tenaga dan amalan hijau.


Penyampaian Hadiah kepada JK Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau bagi Kompleks Penyelidikan dan Inovasi:

  • Anugerah Khas Pengarah CENSEi - Cabaran Sudut Tenaga dan Amalan Hijau Menarik 2024. Ketiga - Pertandingan Pembudayaan Amalan Hijau PTj UTeM 2024

  • Tahniah diucapkan kepada ahli JK dan terima kasih atas komitmen warga Kompleks Penyelidikan dan Inovasi.


FAQ PENGURUSAN TENAGA UTeM

  • 1. Apakah tujuan Dasar Pengurusan Tenaga UTeM?

    Jawapan:

    Dasar ini bertujuan untuk menerangkan pengurusan tenaga di Universiti Teknikal Malaysia-Melaka.

  • 2. Apakah tujuan Garis Panduan Pengurusan Tenaga UTeM?

    Jawapan:

    Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan dan mengukuhkan kefahaman mengenai keperluan pemuliharaan tenaga, air dan bahan api kenderaan untuk mengurangkan kos operasi kepada staf, pelajar, pekerja bukan staf, dan pelawat UTeM.

  • 3. Apakah objektif pengurusan tenaga UTeM?

    Jawapan:

    • Untuk mengurangkan jejak karbon melalui pengurusan tenaga, air dan bahan api kenderaan yang cekap.
    • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak tiga (3) peratus setahun bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan mulai tahun 2015.
    • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lapan belas (18) peratus pada Tahun Fiskal 2020 bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan (dengan menggunakan Tahun Fiskal 2014 sebagai asas).
  • 4. Apakah tarif elektrik UTeM?

    Jawapan:

       Tarif C1: Perdagangan OPTR

       Kegunaan Puncak OPTR RM0.365 bagi 1kWh

       Kegunaan Luar Puncak OPTR RM0.292 bagi 1kWh

       Kehendak maksima RM30.3 bagi 1kW

  • 5. Apakah yang difahami dengan cekap tenaga?

    Jawapan:

    Cara penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang dan menghasilkan keputussan/output yang lebih baik. Penggunaan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang serupa atau menikmati keselesaan yang sama.

  • 6. Apakah kepentingan penarafan EMGS 3 Bintang kepada UTeM?

    Jawapan:

    • Penarafan EMGS 3-Bintang adalah penarafan yang telah dimasukkan dalam Pelan Strategik UTeM 2023-2025 yang perlu diperolehi dan dikekalkan.
    • Sistem Pengurusan Tenaga lestari diamalkan di setiap PTj bagi memastikan pematuhan penurunan penggunaan tenaga elektrik pada kadar 3% secara konsisten sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
    • Melalui penarafan EMGS 3-Bintang ini, UTeM akan berdiri sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai pengamal pengurusan tenaga yang baik dan boleh menjadi model terbaik kepada organisasi lain di Melaka, Malaysia dan di peringkat ASEAN.
    • UTeM juga menjadi Malaysia Technical University Network (MTUN) Pertama dan Universiti Awam Kedua di Malaysia menerima penarafan bintang ini.
    • Untuk mencapai SDG 7 (Affordable and Clean Energy) dan SDG 11 (Sustainable Cities and Communities).
    • Membantu menaikkan markah dalam UI World Green Matric Rankings dan THE Impact Ranking dan QS Sustainability Rankings.
  • 7. Apakah pencapaian UTeM selepas 9 tahun (baseline 2015) menjalankan pengurusan tenaga?

    Jawapan:

    • Dapat jimat kos RM13 Juta
    • Dapat jimat tenaga 35,699,662.95kWh
    • Purata peratus penjimatan 20.07%
    • Mengelak pelepasan 20,869 TonneCO2
  • 8. Apakah yang boleh dilakukan oleh anda bagi membudayakan "UTeM Bangkit Bersama Cekap Tenaga"?

    Jawapan:

    • Padamkan lampu, kipas, penyaman udara, komputer, projector dan lain-lain peranti elektrik jika tidak digunakan.
    • Menutup pintu dan tingkap bagi ruang berhawa dingi.
    • Menetap suhu penyaman udara 24ºC+/-1ºC.
    • Melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terlihat ada pembaziran elektrik.
  • 9. Bagaimanakah cara meningkatkan kesedaran kepada pengguna elektrik supaya dapat menggunakannya secara cekap dan berhemah?

    Jawapan:

    • Tingkatkan kefahaman staf dan pelajar berkaitan polisi kecekapan tenaga.
    • Libatkan semua staf dan pelajar dengan aktiviti kesedaran.
    • Wujudkan Kelab Tenaga di kalangan pelajar.
    • Komited dengan laporan ringkas berkala tentang aktiviti kecekapan tenaga.
    • Libatkan media sebagai medium promosi, website FB dan lain-lain.
    • Inovasi berkaitan kecekapan tenaga diwar-warkan ke luar.
  • 10. Apakah GGP?

    Jawapan:

    GGP ialah Perolehan Hijau Kerajaan. Pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

  • 11. Berikan contoh produk atau perkhidmatan GGP.

    Jawapan:

    • Peralatan ICT
    • Cat
    • Simen Gentian
    • Lampu Dalaman Cekap Tenaga
    • Kertas
    • Tekstil
    • Perabot
    • Pencetak Serbaguna
    • Sistem Penghawa Dingin
    • Produk Pembungkusan Berasaskan Polimer Terbiodegradasi
    • Peralatan Cekap Air
    • Sistem Penuaian Air Hujan
    • Alat Tulis (Produk Berasaskan Kertas)
    • Produk Berasaskan Getah
    • Perkhidmatan Pembersihan
    • Perkhidmatan Pusat Data Hijau
    • Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Bangunan
    • Perkhidmatan Bengkel Automotif
    • Perkhidmatan Percetakan Berasaskan Kertas
    • Perkhidmatan Hotel, Penginapan dan Pusat Latihan
    • Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Penyaman Udara
    • Sistem Ventilasi Mekanikal dan Penyaman Udara Termasuk Chiller
    • Pam Air Berkuasa Elektrik
    • Enjin Mesra Alam untuk Kenderaan Berat
    • Baja Organik
    • Keluli Rata Bersalut (Coated Flat Steel)
    • Toner Cartrij
    • Perkhidmatan Pengurusan Acara
    • Perabot berasaskan Keluli, Besi dan Plastik
    • Batu Bata
    • Peralatan Elektrik
    • Lampu Jalan
    • Alat Pemadam Kebakaran Mudah Alih
    • Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap
    • Perkhidmatan Pos dan Penghantaran
    • Perkhidmatan Dobi dan Pencucian Pakaian
    • Perkhidmatan Penyediaan Makanan, Penyajian atau Katering
    • Pembelian atau Sewaan Kenderaan Ringan
    • Perkhidmatan Kawalan Serangga
    • Tenaga Solar
  • 12. Apakah kepentingan GGP?

    Jawapan:

    • Mewujudkan peluang inovasi dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan.
    • Mewujudkan pasaran yang lebih besar dan baharu untuk penyelesaian kemampanan yang inovatif.
    • Salah satu bidang yang berpotensi untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan keyakinan perniagaan di Malaysia.
    • Untuk kelestarian alam sekitar.
  • 13. Siapakah Pengurus Tenaga UTeM?

    Jawapan:

    Ir. Dr. Mohamad Firdaus bin Sukri

  • 14. Bagaimana untuk mengetahui penggunaan tenaga dan bil elektrik PTj?

    Jawapan:

    • DASHBOARD Tenaga UTeM (Sistem Portal UTeM)
    • Sudut Tenaga PTj
    • Facebook/WhatsApp PTj
  • 15. Pusat yang menguruskan tenaga dan kelestarian alam sekitar di UTeM?

    Jawapan:

    • Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi)

QR FAQ Pengurusan Tenaga


Baca selanjutnya: PENGURUSAN TENAGA

  • Hits: 4963

Lebih banyak artikel..