RICE PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA PENGARAH MyIPO WILAYAH TENGAH
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), telah melaksanakan Sesi Perbincangan Bersama @MyIPO Wilayah Tengah pada hari ini yang disertai oleh Pengarah MyIPO Wilayah Tengah serta wakil delegasi. Sesi ini turut melibatkan wakil RICE yang terdiri daripada Timbalan Pengarah RICE serta Penyelaras BlueDot, dengan agenda utama memfokuskan kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam aspek pengurusan perlindungan harta intelek (IP Management), strategi pemfailan inovasi, serta pendekatan terkini dalam Penilaian Nilai Harta Intelek (IP Valuing) bagi menyokong agenda pengkomersialan universiti.
Perbincangan ini menjadi platform penting bagi meneroka peluang kolaborasi yang lebih menyeluruh antara UTeM dan MyIPO, termasuk program pembangunan kapasiti penyelidik, pemantauan inovasi berimpak tinggi, serta pemerkasaan strategi perlindungan IP yang lebih sistematik dan berdaya saing. Semoga usaha ini terus memperkukuh peranan RICE sebagai pemacu utama inovasi, perlindungan IP dan pengkomersialan di UTeM.
Tempat: Bilik Mesyuarat RICE, UTeM
Tarikh: Isnin, 26 Januari 2026
- Hits: 27