Skip to main content

PROGRAM AI AWARENESS RAKYAT DIGITAL NEGERI MELAKA 2025 – SIRI 1

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah Exco Sains, Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital untuk melaksanakan Program AI Awareness Rakyat Digital Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Belia Negeri Melaka. Program Kesedaran Artificial Intelligence (AI) Rakyat Digital Melaka adalah inisiatif sokongan ke arah pencapaian objektif PSMJ 2035 khususnya di bawah teras "Transformasi Ekonomi dan Pekerjaan Masa Hadapan" serta agenda "Digital Empowerment" dalam Smart Melaka Blueprint.
 
Sebanyak 13 DUN telah melaksanakan program pada kali ini bertempat di Pusat NADI lokaliti masing-masing dengan penglibatan lebih dari 200 orang peserta yang mensasarkan golongan belia di sepanjang bulan Disember 2025. Peserta diberi pendekatan dan pendedahan asas kepada AI dalam memupuk kesedaran awal dan menanam benih minat terhadap teknologi dalam kalangan rakyat, khususnya generasi belia. Penceramah dari Fakulti Kecerdasan Buatan & Keselamatan Siber (FAIX) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) terlibat sama dalam menyumbang tenaga untuk berkongsi kepakaran kepada komuniti belia.
 
Tempat: 13 DUN bertempat di Pusat NADI
Tarikh: 25 Disember 2025
  • Hits: 1

LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI DI BAWAH PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UniMADANI 2025: SMART AQUAFARM KAMPUNG BELIMBING DALAM, DURIAN TUNGGAL

Lawatan tapak Projek Komuniti di bawah Program Pendayaan Komuniti UniMADANI 2025 bertajuk Smart AquaFarm Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal: Inovasi IoT untuk Penternakan Ikan Air Tawar Lestari telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 23 Disember 2025. Lawatan ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dan telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTeM, para penyelidik serta pegawai-pegawai universiti.
 
Projek Smart AquaFarm ini diketuai oleh Ts. Dr. Nur Fatihah Binti Azmi dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK), yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) bagi pemantauan kualiti air secara masa nyata meliputi parameter suhu, pH, TDS dan paras air. Sistem ini membantu penternak mengurangkan kebergantungan kepada pemantauan manual serta meningkatkan kecekapan pengurusan kolam ikan air tawar, khususnya ikan keli dan ikan tilapia merah.
 
Tempat: Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh: 23 Disember 2025
  • Hits: 92

PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM BENGKEL DIGITAL WORKSHOP@UTeM & JELAJAH UTeM STEM CENTRE DI SK (P) METHODIST 2, MELAKA

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama FTMK dan FTKE telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Bengkel Digital Workshop@UTeM & Jelajah UTeM STEM Centre di Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist 2, Melaka.
 
Program ini telah menerima peserta bengkel seramai 45 murid dari sekitar negeri Melaka dan capaian pameran seramai 511 murid dari SK(P) Methodist 2, Melaka dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah terhadap teknologi digital yang berasaskan aplikasi AI generatif, mikropengawal, permainan digital dan robotik. Pemindahan Ilmu telah disampaikan oleh 12 pensyarah universiti dan turut hadir Menjalankan Fungsi Pengarah RICE Ts. Dr. Nur Rashid bin Mat Nuri @ Md Din.
 
Tempat: SK (P) Methodist 2, Melaka
Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
 
  • Hits: 85

RICE PERKASA PERANCANGAN STRATEGIK & KOLABORASI INOVASI MELALUI BENGKEL PSU 2026–2030

Lawatan penanda aras ke UniMAP yang telah memberikan pendedahan langsung kepada warga RICE mengenai amalan terbaik dalam pengurusan inovasi, pengkomersialan dan kerjasama industri. Delegasi melawat Pusat Kerjasama Industri & Agensi Kerajaan (CIGC) serta Pusat Pengurusan Inovasi & Komersil (ICC), di mana perkongsian operasi dan strategi memberi nilai tambah penting kepada perancangan strategik yang dibentangkan dalam bengkel seterusnya.
 
Bengkel diteruskan selama tiga hari menghimpunkan barisan kepimpinan dan warga RICE bagi menilai pencapaian keseluruhan tahun 2025, termasuk aspek harta intelek, inovasi, hubungan industri dan pengkomersialan. Sesi perbincangan turut meneliti cabaran kritikal serta ruang penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan strategi RICE kekal relevan dan berimpak tinggi menjelang pelaksanaan Pelan Strategik UTeM 2026–2030 dan aspirasi PSMJ 2035.
 
Tempat: UniMAP & MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi
Tarikh: 20–22 November 2025
 

UTEM PERKASA KOLABORASI DAN INOVASI TVET DI NEWIC 2025

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE) telah memainkan peranan sebagai rakan strategik bekerjasama dalam program New Generation World Innovation Challenge (NeWIC) 2025, yang diadakan sempena Karnival TVET Madani @ Kolej KEDA.
 
Sebagai rakan penganjur bersama pada kali ini, UTeM turut bertindak sebagai urusetia teknikal dan barisan panel juri, membantu memastikan proses penilaian pertandingan dijalankan secara profesional, telus dan berkualiti tinggi. Program ini menghimpunkan pelajar dan inovator muda dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan pusat latihan TVET seluruh negara, dengan matlamat memperkukuh budaya inovasi, reka cipta dan pemikiran kritis, sejajar dengan keperluan industri semasa.
 
Tempat: Dewan Budi Gemilang, Kolej KEDA, Sik, Kedah
Tarikh: 5–7 November 2025
  • Hits: 30