PROGRAM PERASMIAN SEJATI MADANI KAMPUNG PULAU SEMUT -KOLABORASI KOMUNITI STRATEGIK BERSAMA UTeM
Program ini merupakan sebahagian daripada Program SejaTi MADANI @KPT, hasil kolaborasi erat antara Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan komuniti Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah. Majlis perasmian telah dihadiri oleh wakil RICE, para penyelidik universiti serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pulau Semut, sekali gus mencerminkan sokongan padu terhadap inisiatif berimpak tinggi ini.
Pelaksanaan projek di Kampung Pulau Semut melibatkan Projek Sejuk Beku akan memberi manfaat secara langsung kepada usahawan kambing perap dan coconut shake melalui penyediaan peralatan di bawah dana SejaTi MADANI. Selain itu, program ini turut diperkukuh dengan Kursus Digital Marketing bagi membekalkan komuniti dengan kemahiran pemasaran digital, sekali gus membuka peluang pasaran yang lebih luas melalui penggunaan teknologi.
Tempat: Balairaya Kampung Pulau Semut
Tarikh: 31 Januari 2026
- Hits: 11