PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SRA (JAIM) RIM JASIN
Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI)* telah merangka dan menyusun satu program khas berasaskan pendekatan dan kaedah pelaksanaan program dan aktiviti pembudayaan STI yang dinamakan sebagai Program STI 100^3. Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama Pensyarah dan pelajar Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kitaran 1 Program STI 100^3 MOSTI Tahun 2025 bagi Saintis UTeM.
Program ini telah dihadiri oleh 3 pensyarah dan 2 pelajar UTeM, 25 orang murid bertempat di SRA (JAIM) RIM Melaka. Para pelajar diberi pendedahan tentang teknologi drone terkini melalui Drone Dji Neo, keupayaan mini solar panel untuk gerakkan model kereta dan cungkil kretiviti pelajar menghasilkan 3D objek melalui 3D pen.
Aktiviti utama:
1. Bengkel SEM & Teknologi Masa Depan
2. Car Exploration
3. 3D Pen
Tempat : SRA (JAIM) RIM Jasin
Tarikh : Siri 1,2 & 3 September 2025
- Hits: 409