PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UNIVERSITI AWAM (KOMUNITI@UniMADANI)
Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan, mereka bentuk serta melaksanakan penghasilan produk perabot dan cenderamata berasaskan sisa plastik terpakai dalam kalangan komuniti Kampung Bukit Pulau, Melaka. Sejajar dengan itu, program ini bermatlamat untuk meningkatkan penjanaan pendapatan komuniti setempat di samping mengurangkan pencemaran sisa plastik melalui penghasilan dan pemasaran produk berasaskan bahan kitar semula.
Pelaksanaan projek ini turut memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi kitaran di peringkat komuniti dengan menyediakan peluang penjanaan pendapatan tambahan melalui pengeluaran perabot mudah alih dan cenderamata daripada plastik terpakai. Kedudukan Kampung Bukit Pulau yang berhampiran dengan pusat bandar Melaka menjadikannya terdedah kepada isu lambakan sisa plastik. Justeru, inisiatif ini dilihat berpotensi untuk memanfaatkan sumber sisa tersebut sebagai bahan mentah bernilai tinggi, seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pengurangan sisa plastik.
Tempat: Balai Raya Kampung Bukit Pulau, Melaka
Tarikh: 12 April 2026 (Ahad)
- Hits: 47