UTeM MENYEMARAKKAN JEJAK INOVASI UTeM 2025
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE UTeM–Melaka) telah berjaya menganjurkan Jejak Inovasi UTeM 2025, sebuah program tahunan yang menghimpunkan hasil inovasi dan penyelidikan terbaik warga universiti. Dengan membawa tema Menjejak Inovasi Menuju Komersial, program ini menzahirkan aspirasi UTeM untuk mengangkat hasil penyelidikan ke peringkat aplikasi sebenar dan pengkomersialan, sekali gus memperkukuh ekosistem inovasi dalam kalangan warga akademia.
Jejak Inovasi UTeM 2025 memperlihatkan pelbagai hasil ciptaan dan penyelidikan UTeM yang merangkumi bidang teknologi pembuatan, kejuruteraan bahan, automasi dan sistem pintar, sains komputer, pendidikan teknikal, reka bentuk, serta keusahawanan teknologi. Program ini menekankan penilaian berasaskan keunikan idea, nilai komersial, kebolehfungsian dan impak kepada komuniti serta industri, di samping menilai kesediaan sesuatu produk untuk diterjemahkan ke pasaran sebenar.
Tempat: Lobi Start-up Centre, Kampus Industri, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Tarikh: 16 Oktober 2025
- Hits: 52