PENGANJURAN HARI INOVASI NEGERI MELAKA 2025
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) dengan kerjasama strategik Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah menganjurkan Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 buat kali kedua dengan tema “Menjana Solusi Inovatif ke Arah Komuniti Sejahtera.” Program yang berlangsung meriah ini menghimpunkan seramai 145 peserta daripada pelbagai kategori termasuk institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan, pihak swasta serta sekolah. Penganjuran ini bertujuan memperkukuh ekosistem inovasi negeri, selain menjadi platform perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.
Hari Inovasi ini turut menjadi sebahagian daripada pra peluncuran Festival of Ideas @Melaka 2025, sebagai tanda sokongan terhadap usaha negeri Melaka untuk mengangkat agenda inovasi sebagai pemacu kesejahteraan komuniti.
Tempat : UniKL MICET
Tarikh : 25 September 2025
- Hits: 28