Pusat Pengkomersilan (UCC) merakamkan setinggi-tinggi ucapantahniahdan penghargaan di ataspencapaianpenyelidik UTeMyangtelah berjayamemenangi 6pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsadi Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022yang telah berlangsung pada1 hingga 3 November 2022bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok.
Tahniahdiucapkan kepada para penyelidik UTeM di atas pencapaian tersebut dan semoga dengan pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada kebangsaan dan antarabangsa.
Di kesempatan ini juga, pihak UCC ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi, Fakulti dan CRIM atas kerjasama erat serta sokongan yang telah diberikan dalam kejayaan ini.
Perhatian YBhg. Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puanterhadap perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.