• Backdrop-UTeM-01-1.jpg
  • banner_mte_2024.png

 

KATA ALUAN PENGARAH

 

 

Assalamualaikum w.r.t w.b.t dan Selamat Datang. 

Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat laman web kami yang menyediakan maklumat berguna tentang peranan dan tanggungjawab kami dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai jenis projek dan program untuk penglibatan universiti, kerajaan, industri dan komuniti.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai Universiti Teknikal pertama di negara ini, menjadi salah satu hab penting dalam penyelidikan, inovasi dan penciptaan pengetahuan serta peranan utama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka yang melibatkan kedua-dua industri dan komuniti untuk memudahkan perkongsian dan penyebaran pengetahuan tersebut bagi kebaikan masyarakat khususnya untuk pembangunan negara secara amnya.

Selain itu, dunia akademik hari ini adalah semakin tercabar dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang boleh dikomersilkan dan dimanfaatkan oleh industri dan komuniti. Seiring dengannya, UTeM perlu berusaha keras untuk mendepani proses tersebut agar dapat memastikan kejayaan, kelestarian dan kecemerlangan UTeM supaya lebih efisien, teratur, berkualiti dan professional.

Seterusnya, UTeM meletakkan aspek inovasi dan kreativiti sebagai agenda perdana dalam menjayakan pelan transformasinya untuk menjadi sebuah universiti di barisan hadapan dunia menjelang 2025 bagi menyediakan infrastruktur dan satu sistem inovasi yang kondusif dan berkesan.

Di samping itu juga, tujuan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka  ini adalah untuk menjadi jendela kepada industri dan komuniti untuk melihat hasil inovasi penyelidik dengan lebih dekat. Secara zahirnya, UTeM menjanjikan ruang penerapan intelektual yang amat luas umpama tiada bersempadan, sambil didokong oleh asas penyelidikan yang mampan serta penemuan demi penemuan terbaru. 

Tegar di bawah kepimpinan saya, pembangunan R&D untuk inovasi dan pengkomersilan teknologi selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Jaya 2035 (PSMJ35) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Negeri Melaka serta Dasar untuk Pertumbuhan Ekonomi dan Kemampanan Negeri Melaka.  

Sekian,terima kasih. 

 

Professor Ts. Dr. Effendi Bin Mohamad 

Pengarah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka 

 

 

 

 

April 2024
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30